Kelas Microsoft Excel
3 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Ahad - 2 Jun 2019 - Pusat Internet Repek telah mengadakan Kelas ICT untuk pelajar-pelajar sekitar Repek. Kelas bermula pada jam 9.30 petang dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran ICT kepada peserta supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus teknologi sekarang. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft excel.
Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian. Peserta diberikan penerangan tentang cara untuk membuat jadual dalam excel ini, dan apa yang mereka boleh lakukan dengan menggunkan excel ini. Mereka kemudian diajar cara untuk menyimpan dokumen mereka ke dalam computer. Kelas ini melibatkan 9 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: